Wednesday, 12 June 2013

Al Fatehah




(Surah Al-Fatihah)



SURAH FATIHAH

Al Fatehah dimulai dengan Bismillah...iaitu dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Di sini Tuhan sebut namaNya, yang mana Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2 sifat ini adalah sifat Tuhan yang termasuk Asmaul Husna yang 99. Ertinya sifat-sifat Tuhan yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan satu pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah. Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Tuhan tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertinya kebesaran Tuhan dan keagungan Tuhan tidak ada kesudahan tetapi Tuhan hanya sebutkan 99.
Peliknya kerana daripada 99 sifat Tuhan itu, Tuhan sangat menonjolkan sifat rahman dan rahim Nya. Sebab itu Hadis ada menyebut, "Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya.." Tuhan tidak pilih sifat-sifatnya yang lain. Contoh: Bismillahi jabbar, Bismillahi sobur atau Bismillahi syakur. Mengapa rahman dan rahim yang dipilih? Bismi itu bukan sifat. Rahman dan rahim itu sifat Allah. Allah itu dikatakan Ismu jalalah, nama yang Maha Agung. Nama bagi satu Zat yang dikatakan Dia lah Tuhan, yang menciptakan langit dan bumi. Yang dipopularkan, dimasyhurkan dan dipopularkan ialah 2 sifat Nya iaitu rahman dan rahim

Mengapa Tuhan tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain? Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:

1.Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol. Katalah As Syakur, ia tidak berapa nampak. Al Jabbar dan Al Qahhar boleh dilihat sekali sekala seperti gunung berapi meletus, dilanggar kereta, ada pemimpin yang jatuh. Sekali sekala nampak Al Kabir dan Al Kudrah Nya. Tetapi rahman dan rahim sangat tertonjol. Setiap detik tertonjol tetapi pelik kita tidak prihatin!
Yang kita terkesan ialah sifat Nya yang sekali sekala berlaku.
Berlaku gempa bumi di Iran, sebulan orang perbualkan padahal beberapa tahun sekali ia berlaku. Ajaib sekali.

Bila ada orang mati dilanggar kereta, ia jadi bualan padahal bukan setiap detik ia berlaku. Patutnya yang diperhatikan ialah rahman dan rahim Tuhan itu sebab ia bukan sahaja setiap detik berlaku bahkan setiap suku detik ia berlaku. Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. "Hidup lagi aku. Sayangnya Tuhan dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup."

Hidup itu sendiri adalah rahman dan rahim Tuhan.
Bila kita pergi bilik air, itu rahman dan rahim Tuhan. "Boleh melangkah lagi aku. Tuhan sayang lagi dengan aku." Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu , bila dapat air, terasa segar. Padahal waktu sakit itu dahsyat. Kena air, 3/4 sakit hilang. Itulah kasih sayang Tuhan. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu rahman dan rahim Tuhan. Mandi, bernafas dalam bilik air. Lepas itu kita boleh sembahyang dengan rahman dan rahim Tuhan juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga rahman dan rahim Tuhan yang berlaku setiap detik.

Kita melangkah kaki, memijak di bumi Tuhan.Kalaulah Tuhan jerluskan, kan dahsyat. Boleh terpijak dengan baik di bumi Tuhan. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, "Rupanya mata aku tidak buta. Ini rahman dan rahim Tuhan." Dengan rahman dan rahim Tuhan itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Tuhan,
Sebab itu kalau kita baca sejarah, orang yang lurus dan bersih hatinya, yang sangat sensitif, dia nampak sangat rahmat Tuhan itu, seolah-olah macam salji yang turun.

Kalau dia bukan pemimpin, rasa untuk dirinya sahaja maka dia akan mabuk dengan Tuhan. Itulah istilah-istilah yang dipakai.Dia macam orang gila kerana tidak tahan dengan rahmat dan nikmat yang bukan sahaja matanya dapat lihat bahkan hatinya juga melihat. Kalau Rasulullah SAW itu bukan pemimpin, mungkin dia sudah mabuk. Kalau sudah mabuk, sudah tidak boleh memimpin.

Tetapi biasanya pemimpin-pemimpin itu Tuhan kawal supaya tidak sampai mabuk. Setakat hatinya sahaja.Sebab itu kalau kita tengok ahli sufi yang bukan memimpin, ramai yang pelik-pelik. Kita hendak ikut dia pun, dia tidak suka sebab dia rasa terganggu perhubungannya dengan Tuhan kerana kita.




PERINGATAN
Maksudnya:-
Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah kerana nama syaitan ada disebut di dalamnya.
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:
1.   DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2.   HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3.   KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4.   KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5.   KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...... 2 harakat dan MIIIN.... 3 harakat
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat. Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
 Surah Al-Fatihah

 Kesalahan-kesalahan Tajwid dalam al-Fatihah


Berikut merupakan beberapa kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah yang mungkin kita terlepas pandang. Bacaan al-Fatihah amat penting kerana ia adalah rukun. Sekiranya tersilap baca walaupun satu huruf, ia boleh membatalkan solat kita.

Kalau ada sesiapa yang nak tambah dan betulkan, silakan ye... :) . Namun, nak ingatkan di sini, blog bukanlah tempat yang sesuai untuk belajar al-Quran. Blog hanyalah sekadar bahan bacaan. Untuk mempelajari al-Quran, berjumpalah dengan guru al-Quran, insya Allah...

1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4.
Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf

18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan, kemudian. Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian

21. Huruf ditukar menjadi huruf

22. Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Hurufdisebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...




Fadhilat Fatihah.
  • Barangsiapa membaca Fatihah (berserta Bismillah) di antara sunat Subuh dan fardhu Subuh dengan Istiqamah maka kalau ia ingin pengkat terkabullah ia, kalau ia fakir maka akan kaya, kalau punya hutang maka mampu membayarnya, kalau ia sakit maka akan sembuh dan kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak soleh, berkat surah Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Fatihah 20X setiap selesai sembahyang fardhu lima waktu maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dia anugerahkan kebahagian dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Fatihah 125X selesai sembahyang fardhu Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang di cari-carinya. 


No comments:

Post a Comment